Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Wednesday, October 24, 2007

Perjumpaan Hari Raya AdikBijak.com

Salam,

Got another email, invitation for ahli forumer ABc. Dulu Fini aktif masuk forum ni, forum keibu bapaan & lain2 juga. Sbb masa keje kat KL dulu, masa bowink2, suka celah2 kat forum ni . Alkisah juga Fini jd agen (tlg uruskan jual beli online) jual buku SSR (Siri Sayangi Rasulullah s.a.w.) terbitan Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Fini tlg jualkan bg pihak PYSB kpd pembeli dr ahli ABc, tapi sempat join 3 bulan je, pastu Fini balik kg, Bentong menjadi cikgu, so stop le. Tapi sempat la bertemu face to face ngan administrator PnRosnita & husband, CyberAzeze & anak mereka semasa Pesta Buku Antarabangsa 2007 di PWTC ritu. Sempat jumpa kejap je, tak sempat nk sembang lama, busy layan customer.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami merancang untuk mengadakan Perjumpaan Hari Raya AdikBijak.com untuk kali Ke-2 ini seperti berikut:

Tarikh: 04 Nov 2007 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tgh
Tempat: Taman Tasik Shah Alam
Konsep: Potluck + Berkelah

Majlis ni bukan lah majlis formal... tetapi sebagai satu majlis untuk rakan-rakan AdikBijak.com berjumpa dan berkenalan. Mana yang pernah datang pada perjumpaan tahun lalu... ini peluang untuk kita bertemu kembali. Yang belum pernah datang tu... ini peluang untuk mengenali warga AdikBijak.com untuk pertama kalinya. Kita bual-bual, berkenal mesra sambil berkelah.

Oleh kerana konsep majlis ini adalah Potluck... maka kami amat-amat mengalu-alukan rakan-rakan yang hadir jika dapat membawa sedikit hidangan untuk dikongsikan bersama. Tak perlu buat banyak-banyak. .. cukup sekadar untuk 3-5 orang makan. Buat rakan-rakan yang terrer masak tu... inilah peluang anda untuk berkongsikan keajiaban "air tangan" anda.

Bila setiap sorang bawa sorang sedikit.. banyaklah nanti, kan? Mana ada lebih-lebih kuih raya tu... boleh bawa juga... hehehe...

Macam tahun lepas... alhamdulillah hidangan mencukupi dan ada baki sedikit untuk di bawa pulang biggrin.gif

Kami juga akan menyediakan Menu Utama, Minuman Sejuk, Pinggan/Cawan Kertas, Sudu/Garfu Plastik dan Plastik Sampah.

Okaylah... buat rakan-rakan yang akan hadir sila tinggalkan pesanan pada topik di Forum AdikBijak dengan meletakkan maklumat berikut. Ini bagi memastikan hidangan yang mencukupi dapat disediakan:
  • Nama Penuh
  • No Telefon
  • Bilangan Akan Hadir (Dewasa/Kanak- Kanak)
  • Makanan/Minuman Yg Akan Disumbang (optional)
Sila Daftar di sini: http://adikbijak.3.forumer.com/index.php?showtopic=584

Semoga kita dapat bertemu kembali dan harapan kami lebih ramai akan dapat menyertai perjumpaan Hari raya AdikBijak.com kali ini.

Maklumat lanjut akan kami umumkan dari semasa ke semasa di sana.

user posted image Puan Rosnita
AdikBijak.com

p/s: InsyaAllah ada cenderahati istimewa dari kami bagi 10 keluarga pertama yang hadir di majlis tersebut nanti. Jom...!!!

Fini baru join forum ni tahun ni. Tapi, mmg Fini tak dpt nak pi...jauh, lagipun my parents sure tak bagi punya la. Huhu. Fini sama mcm Liya, kami tak kan dpt nak join apa program ABc selagi kami tak berkahwin. Bukan sbb program ni utk parents or family, tp sbb family kami sure tak bagi la. Kan Liya kan? Mcm ritu, best je tgok KMC & ABc pi join venture ke Cameron Highlands. Sori Anor, Fini tak pernah dpt join apa2 event, walaupun Anor rajin bg sms invitation, cam ritu, ajak join berbuka kat Cafe Zul Yahya. Huhu, selagi Fini dibawah tanggungan Mak Ayah, kena la ada keizinan Mak Ayah, melainkan dah berkahwin, atas suami pula. Mcm Liya pernah ckp dulu la, leh join di forum pun, ok kan? Sowi, dah lama benar tak masuk forum, kehabisan idea nak nyampuk2, lagipun tgok Liya, Anor pun dh kurang meng'post'. Ke sbb Fini dh addicted to blogging world, tak de idea pun...mesti buka, kdg lompat2 blog, tapi yg pasti ada blog yg Fini jadi 'penyibuk' tetap. Kalau tak mencelah kat comment, cbox...Fini akan tetap jadi silent reader. Apa yg Fini suka buat, Fini akan buat, dan yg pasti Fini suka, so tak kisahla.

No comments: